Wednesday 22 January 2020

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Kepada
Ibubapa / PenjagaMurid-murid Tahun 6 (2019) dan/atau Murid-murid Tingkatan 4 (2020)
Pengetua dan Guru BesarSeluruh Negeri Perak
SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DAN TINGKATAN EMPAT (4) BAGI KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SESI 2020 SECARA ATAS TALIAN
Calon Berjaya 
1.  Cetakan surat tawaran adalah secara atas talian. Sekiranya memerlukan bantuan berkaitan cetakan surat atau salinan surat tawaran, boleh menghubungi Unit Menengah dan Tingkatan Enam, JPN Perak di talian 05-5015293 (Cik Noor Aida Ahmad).
2.  Senarai Keperluan Murid dan Asrama serta Borang Maklumat Murid perlu dimuat turun di pautan semakan tawaran.
3.  Borang Maklumat Murid perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan atau menolak pendaftaran tersebut sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar.
4.  Tawaran kepada calon yang berjaya adalah muktamad.
5.  Sebarang permohonan untuk bertukar ke Kelas Rancangan Khas Negeri Perak selain dari yang ditawarkan adalah tidak akan dipertimbangkan.

Calon Tidak Berjaya
1.  Rayuan boleh dibuat dengan mengisi Borang KRK T1/2020 atau Borang KRK T4/2020 mulai 24 Januari 2020 hingga 12 Februari 2020.
2.  Borang boleh diperolehi dengan cara :
                2.1          klik pada butang arahan ”Muat Turun Borang Rayuan” di pautan semakan tawaran         
                                ATAU
                2.2         di Unit Menengah dan Tingkatan Enam, JPN Perak.
3.  Borang yang telah lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke JPN pada atau sebelum 12 Februari 2020.

Semakan tawaran boleh dibuat melalui :
Portal JPN Perak di  MUAT TURUN mulai 24 Januari 2020 (Jumaat)
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020"
Yang menjalankan amanah,


UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment