Thursday 9 January 2020

MAKLUMAT PENDAFTARAN SPM 2020


Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah
Negeri Perak.
Tuan,
MAKLUMAT SEKOLAH UNTUK PROSES PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2020
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.     Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan "Borang Maklumat Sekolah Untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 (Lampiran A)" bagi tujuan mengemaskini Sistem Pendaftaran Peperiksaan SPM Tahun 2020. Sila kembalikan borang tersebut ke Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (up: Unit SPM) pada atau sebelum 24 Januari 2020 (Jumaat).
3.     Bersama-sama ini disertakan "Borang Maklumat Sekolah Untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 (Lampiran A)" untuk makluman dan tindakan tuan.
Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment