Tuesday 28 August 2018

Pengisian Data Keberadaan Guru Bulan OGOS 2018

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Manjung

Pengisian Data Keberadaan Guru Bulan OGOS 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.  Mohon semua sekolah mengambil tindakan mengisi Data Keberadaan Guru Bulan OGOS 2018 melalui link dibawah. Sila isi pada 30.8.2018 atau sebelum 31.8.2018. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Penyelia Sekolah Cina Pn. Kou Lup Yuen 012-3210793.
Sekian terima kasih.

Sila Klik di sini 


Thursday 9 August 2018

Bengkel Penataran Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR Bagi Tahun 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah surat panggilan Master Trainer Daerah ke Bengkel Penataran Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR Bagi Tahun 3 – Kumpulan 2 – SEKOLAH RENDAH di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Hutan Melintang pada 3 - 7 September 2018.

Sehubungan dengan itu, Unit Bahasa Inggeris Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak memohon jasa baik pegawai-pegawai Bahasa Inggeris daerah yang terlibat untuk memuatnaik surat ini di dalam portal PPD masing-masing serta menghantarnya ke email sekolah-sekolah yang terlibat.

Daerah-daerah yang akan terlibat untuk kursus Kumpulan 2 ini adalah:


1. KERIAN
2. LARUT MATANG SELAMA
3. PERAK TENGAH
4. MANJUNG
5. MUALLIM
6. BATANG PADANG
7. HILIR PERAK
8. BAGAN DATOK

SILA KLIK SINI untuk download surat berkaitan:

Kerjasama pihak tuan sangat kami hargai

Terima kasih

Tuesday 7 August 2018

Pertandingan Guru Inovatif Negeri Perak 2018

Selamat Sejahtera,
Terbuka kepada semua guru. Pertandingan Guru Inovatif Negeri Perak. Bagi daerah Manjung sila hantar kepada PPD Kualiti PPD Manjung sebelum atau pada 15 Ogos 2018. Sila rujuk Portal JPN Perak  http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=6635&lang=ms . Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Adnan Pen. PPD Kualiti di talian 019 5706557.