Thursday 23 January 2020

(PBPPP) BAGI GURU BAHARU LANTIKAN 2019

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Negeri Perak
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BAGI GURU BAHARU LANTIKAN 2019 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
  1. Sukacita dimaklumkan penilaian guru baharu di bawah PBPPP lantikan Julai tahun 2019 sehingga Disember 2019 perlu dilaksanakan mulai 15 Januari 2020 sehingga 16 Februari 2020.
  1. Sehubungan dengan itu, tuan perlu melaksanakan penilaian ini terhadap guru berkenaan melalui sistem e-prestasi (https://eprestasi.moe.gov.my) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Untuk makluman, senarai nama sekolah yang terlibat seperti dilampirkan masih lagi belum membuat penetapan pegawai penilai dan seterusnya membuat penilaian bagi pelantikan guru baharu seperti yang dinyatakan.  
  1. Pegawai penilai pertama bagi guru berkenaan adalah mentor bagi guru tersebut, manakala pegawai penilai kedua adalah ketua jabatan di mana guru berkenaan bertugas. Tuan diminta membuat lantikan pegawai penilai dan seterusnya melaksanakan penilaian dalam tempoh daripada pegawai berkenaan melaporkan diri sehingga tarikh semasa. Semua penilaian hendaklah dilaksanakan berdasarkan rubrik PBPPP yang telah ditetapkan. Kegagalan tuan untuk melaksanakan penilaian ini akan menjejaskan perkhidmatan pegawai berkenaan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, boleh dirujuk kepada Encik Wan Mohd Jeefri b. Wan Jusoh 05-5015065 atau 012-5842501.
  2. Kerjasama dan perhatian tuan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih
Unit Penilaian Tahap Kompetensi
Sektor Khidmatan Pengurusan dan Pembangunan
JPN Perak

No comments:

Post a Comment