Thursday 16 January 2020

PERTANDINGAN MIMBAR DAEI


Semua Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perak
Tuan,

DOKUMEN PERTANDINGAN MIMBAR DAIE SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020 / 1441H
Dengan hormatnya surat Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.600-17/1/35 (42) bertarikh 7 Januari 2020 adalah dirujuk.
  1. Sukacita dimaklumkan bahawa surat makluman dan dokumen pertandingan Mimbar Daie Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 disertakan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
  2. Pertandingan Mimbar Daie ini akan dilaksanakan dalam dua bahasa. Acara dalam bahasa Melayu adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah menengah manakala acara dalam bahasa Mandarin adalah khusus untuk murid yang mengikuti Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sahaja.
  3. Sehubungan itu, Jabatan ini amat berbesar hati sekiranya dapat dilaksanakan program ini di peringkat sekolah bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Tuan Haji Mohd Azlan bin Mohd Noor di talian 019-5754150 / 05-2414000 atau Encik Shahrol Azmi bin Jumari di talian 013-4807906.
Sekian, terima kasih.
b.p. Sektor Pendidikan Islam

No comments:

Post a Comment