Thursday, 9 January 2020

TARIKH PENDAFTARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN PENTAKSIRAN PUSAT TAHUN 2020 UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA DAN STAM

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Manjung
Tuan,
TARIKH PENDAFTARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN PENTAKSIRAN PUSAT TAHUN 2020
UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA DAN STAM
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.     Dimaklumkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh pendaftaran peperiksaan awam dan pentaksiran pusat bagi UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA dan STAM tahun 2020 untuk calon sekolah dan calon persendirian bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2020.
3.     Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan surat siaran Lembaga Peperiksaan KPM.600-7/3/1 (04) untuk makluman dan tindakan tuan.
4.     Pohon kerjasama tuan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai yang bertanggungjawab di PPD dan sekolah masing-masing.
Kerjasama tuan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN

No comments:

Post a Comment