Wednesday, 8 January 2020

MAKLUMAT ALIRAN STEM

ALIRAN STEM


Apabila sekolah dibuka semula pada Januari 2020, pelajar Tingkatan 4 dan pelajar 5 boleh memilih salah satu pakej berikut:

STEM A:

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik 

Mata pelajaran teras, tiga mata pelajaran sains tulen dan matematik tambahan. Pelajar boleh menambah sehingga empat mata pelajaran elektif lain, termasuk bahasa.

STEM B:

Mata pelajaran teras, dua mata pelajaran sains tulen, matematik tambahan, sekurang-kurangnya satu sains gunaan atau elektif bukan sains.

STEM C:

Mata pelajaran teras, dua sains gunaan atau elektif teknikal atau elektif vokasional.

Kemanusiaan dan Sastera:

Mata pelajaran teras dan elektif dari subjek bahasa, pendidikan Islam, sastera dan kemanusiaan dan / atau satu STEM elektif. (Subjek vokasional tidak termasuk dalam STEM elektif.)
Pendidikan jasmani dan kesihatan wajib untuk semua pelajar, tetapi ujian hanya dilakukan di peringkat sekolah sahaja, kata Habibah.
Mata pelajaran sejarah dan Bahasa Malaysia kekal sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk SPM, manakala 12 mata pelajaran kekal bagi SPM.
Mata pelajaran teras adalah:

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains (kecuali pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tulen)

Sejarah; dan

Pengajian Moral / Pengajian Islam (kecuali pelajar yang mengambil mata pelajaran pengajian Islam yang berkaitan)

 Kementerian Pendidikan  menawarkan pakej supaya pelajar dapat memenuhi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi untuk kursus tertentu.
'Pelajar bagus dinasihatkan ambil sains tulen'
Pelajar juga akan diberi bimbingan untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan mereka mengikut keputusan PT3, penilaian di sekolah dan keputusan ujian psikometrik, 

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Mohamed Abu Bakar berkata "pelajar yang bagus" mungkin dinasihatkan untuk mengambil mata pelajaran sains tulen dan diletakkan dalam kelas yang mengambil pakej STEM A.

 Beliau berkata sekolah perlu menasihati secara bijak kerana menggugurkan subjek tertentu boleh mengehadkan peluang, walaupun pelajar cemerlang dalam mata pelajaran yang mereka pilih.
"Kamu tidak boleh membuang fizik dan cuba masuk dalam bidang perubatan," katanya.
Habibah berkata kementerian lebih suka sekolah menjadi seperti universiti, di mana pelajar boleh menentukan jadual mereka sendiri berdasarkan mata pelajaran yang diambil.
Bagaimanapun, beliau berkata sekolah di Malaysia tidak bersedia ke arah itu dan pelajar tetap dianjurkan untuk mengikut kelas yang mengambil pakej yang sama.
"Sekolah boleh aturkan pergerakan yang minimum jika pelajar mengambil pakej yang berbeza, tetapi mereka (kebanyakannya) akan tetap duduk di kelas mereka, berbanding kelas tetap (dan pelajar bergerak)," katanya

No comments:

Post a Comment