PERMOHONAN PENGAJARAN KELAS SAMBILAN BAHASA CINA / TAMIL NEGERI PERAK TAHUN 2O2O
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah negeri Perak
Tuan,

Sukacitanya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bolehlah dijalankan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Bahasa Tamil), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Bahasa Cina) dan Sekolah Menengah. Pengajaran Bahasa Cina dan Tamil tidak tertakluk kepada murid-murid Cina sahaja untuk Bahasa Cina dan murid-murid lndia sahaja untuk Bahasa Tamil, malahan murid-murid lain juga boleh mempelajari bahasa-bahasa tersebut asalkan permohonan terhadap kedua-dua bahasa tersebut memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.
3. Jabatan ini sedia menerima permohonan daripada sekolah untuk membuka kelas Bahasa Cina/Tamil pada tahun 2020 dengan mematuhi peraturan dan syarat dalam surat siaran yang disertakan .
4. Sebarang pertayaan sila hubungi Pn. Chong Wai Bin, Penolong Pengarah Prasekolah dan Rendah (SJKC) di talian 05-5015114 atau En. Sargunan A/L Subramaniam, Penolong Pengarah Prasekolah dan Rendah (SJKT) di talian 05-5015108.
Sekian terima kasih
Pengurusan SJKC dan SJKT
Sektor Pengurusan Sekolah

No comments:
Post a Comment