Thursday, 30 January 2020

INOVASI PERANTIS


AIREX 2020, UniKL MIMET, Lumut.
Pertandingan Rekacipta dan Penyelidikan di UniKL MIMET, Lumut, Perak

Sila klik link dibawah untuk maklumat lebih lanjut.






PENDAFTARAN ATAS TALIAN

MAKLUMAT LENGKAP

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN NASYID

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak
Tuan,
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN NASYID DALAM FESTIVAL KESENIAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020
Merujuk perkara di atas, peraturan dan syarat pertandingan tersebut boleh di muat turun pada ruangan attachments di bawah.
Sekian, terima kasih.
b.p. Sektor Pendidikan Islam

JEMPUTAN KE TAKLIMAT PROGRAM

Sekolah Rendah Negeri Perak
Daerah Kinta Utara & Kinta Selatan

 Tuan,

 JEMPUTAN KE TAKLIMAT PROGRAM ‘SANSU TOKUIKU GAKKEN KYOUSHITSU’ NEGERI PERAK 2020   DENGAN KERJASAMA PUSAT STEM NEGARA

Bersama-sama ini disertakan surat untuk tindakan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

PELAKSANAAN PEMBUDAYAAN KERJA AMALI

Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

PELAKSANAAN PEMBUDAYAAN KERJA AMALI KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM KALANGAN MURID PAKEJ STEM

Bersama-sama ini disertakan surat untuk tindakan pihak tuan.


Wednesday, 29 January 2020

SIARAN SIRKIT GOLF MSSPK


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak.
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah seluruh negeri Perak.
Tuan,
SIARAN SIRKIT  GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 2.  Bersama-sama ini disertakan surat untuk makluman dan tindakan pihak tuan.         

Sekian, terima kasih.
  Unit Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murd,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Tuesday, 28 January 2020

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK.


TUAN,

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK : VIDEO INSPIRASI KREATIF ANTIDADAH SEMPENA BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2020

DILAMPIRKAN DOKUMEN BERKENAAN UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN PIHAK TUAN.

TERIMA KASIH

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR

SEKOLAH NEGERI PERAK.

TUAN,

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) TAHUN 2020


DILAMPIRKAN DOKUMEN BERKENAAN UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN PIHAK TUAN.


TERIMA KASIH

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

Friday, 24 January 2020

IKLAN KEKOSONGAN



Tuan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN PENGARAH, JAWATAN TERBUKA GRED 54 DI BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Dengan hormatnya saya merujuk tentang perkara di atas.
2.     Bersama-sama ini dikemukakan surat siaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian  Sumber Dan Teknologi Pendidikan untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
3.    Tuan diminta untuk memuat naik surat berkaitan di ruangan attachment.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Bakat (Naik Pangkat)
Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

SELAMAT HARI PENDIDIKAN ANTARABANGSA


Selamat Hari Pendidikan Antarabangsa buat seluruh warga  pendidik di daerah Manjung.



SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DAN TINGKATAN EMPAT (4) BAGI KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SESI 2020 SECARA ATAS TALIAN

Kepada
Ibubapa / PenjagaMurid-murid Tahun 6 (2019) dan/atau Murid-murid Tingkatan 4 (2020)
Pengetua dan Guru BesarSeluruh Negeri Perak
SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DAN TINGKATAN EMPAT (4) BAGI KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SESI 2020 SECARA ATAS TALIAN
Calon Berjaya 
1.  Cetakan surat tawaran adalah secara atas talian. Sekiranya memerlukan bantuan berkaitan cetakan surat atau salinan surat tawaran, boleh menghubungi Unit Menengah dan Tingkatan Enam, JPN Perak di talian 05-5015293 (Cik Noor Aida Ahmad).
2.  Senarai Keperluan Murid dan Asrama serta Borang Maklumat Murid perlu dimuat turun di pautan semakan tawaran.
3.  Borang Maklumat Murid perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan atau menolak pendaftaran tersebut sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar.
4.  Tawaran kepada calon yang berjaya adalah muktamad.
5.  Sebarang permohonan untuk bertukar ke Kelas Rancangan Khas Negeri Perak selain dari yang ditawarkan adalah tidak akan dipertimbangkan.

Calon Tidak Berjaya
1.  Rayuan boleh dibuat dengan mengisi Borang KRK T1/2020 atau Borang KRK T4/2020 mulai 24 Januari 2020 hingga 12 Februari 2020.
2.  Borang boleh diperolehi dengan cara :
                2.1          klik pada butang arahan ”Muat Turun Borang Rayuan” di pautan semakan tawaran         
                                ATAU
                2.2         di Unit Menengah dan Tingkatan Enam, JPN Perak.
3.  Borang yang telah lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke JPN pada atau sebelum 12 Februari 2020.

Semakan tawaran boleh dibuat melalui :
Portal JPN Perak di https://semakanrk.jpnperak.gov.my mulai 24 Januari 2020 (Jumaat) pada jam 10.00 pagi.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020"
Yang menjalankan amanah,


UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
"SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN"

SURAT SIARAN KEJOHANAN AKUATIK MSS PERAK TAHUN 2020

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PENGETUA / GURU BESAR,
SEKOLAH NEGERI PERAK.
 
Tuan,
 
SURAT SIARAN KEJOHANAN AKUATIK MSS PERAK TAHUN 2020
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
 
2.    Makluman kepada sekolah yang berminat menyertai kejohanan Akuatik MSS Perak bagi tahun 2020, sila download surat dan borang-borang yang berkaitan seperti yang disediakan.
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
Unit Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murd,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

MUAT TURUN

PESANAN BUKU TEKS SPBT

PESANAN BUKU TEKS SPBT PEMBEKALAN TAHUN 2019 UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2020 NEGERI PERAK


Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 
Negeri Perak

Tuan, 
PESANAN BUKU TEKS SPBT PEMBEKALAN TAHUN 2019 UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2020 NEGERI PERAK

Bersama-sama ini disertakan surat untuk makluman pihak tuan. 

Thursday, 23 January 2020

PEMATUHAN PELAKSANAAN DASAR

Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak

Tuan,

PEMATUHAN PELAKSANAAN DASAR KURIKULUM, INISIATIF DAN PROGRAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bersama-sama ini disertakan surat untuk tindakan pihak tuan.

(PBPPP) BAGI GURU BAHARU LANTIKAN 2019

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Negeri Perak
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BAGI GURU BAHARU LANTIKAN 2019 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
  1. Sukacita dimaklumkan penilaian guru baharu di bawah PBPPP lantikan Julai tahun 2019 sehingga Disember 2019 perlu dilaksanakan mulai 15 Januari 2020 sehingga 16 Februari 2020.
  1. Sehubungan dengan itu, tuan perlu melaksanakan penilaian ini terhadap guru berkenaan melalui sistem e-prestasi (https://eprestasi.moe.gov.my) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Untuk makluman, senarai nama sekolah yang terlibat seperti dilampirkan masih lagi belum membuat penetapan pegawai penilai dan seterusnya membuat penilaian bagi pelantikan guru baharu seperti yang dinyatakan.  
  1. Pegawai penilai pertama bagi guru berkenaan adalah mentor bagi guru tersebut, manakala pegawai penilai kedua adalah ketua jabatan di mana guru berkenaan bertugas. Tuan diminta membuat lantikan pegawai penilai dan seterusnya melaksanakan penilaian dalam tempoh daripada pegawai berkenaan melaporkan diri sehingga tarikh semasa. Semua penilaian hendaklah dilaksanakan berdasarkan rubrik PBPPP yang telah ditetapkan. Kegagalan tuan untuk melaksanakan penilaian ini akan menjejaskan perkhidmatan pegawai berkenaan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, boleh dirujuk kepada Encik Wan Mohd Jeefri b. Wan Jusoh 05-5015065 atau 012-5842501.
  2. Kerjasama dan perhatian tuan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih
Unit Penilaian Tahap Kompetensi
Sektor Khidmatan Pengurusan dan Pembangunan
JPN Perak

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Negeri Perak
Tuan,
PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
  1. Sehubungan itu, pelaksanaan PBPPP pada tahun 2020 bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.  Bagi memastikan pelaksanaan penilaian ini berjalan lancar, setiap organisasi perlu melaksanakan PBPPP secara atas talian melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my 
  2. Pihak tuan boleh merujuk melalui surat arahan yang dikepilkan bersama.  
  3. Kerjasama dan perhatian tuan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih
Unit Pengurusan Bakat (Penilaian Tahap Kompetensi)
Sektor Sumber Manusia
JPN Perak

UCAPAN MENTERI BESAR


Teks ucapan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu sempena Majlis Executive Talk dan Amanat Tahun Baru 2020 bersama penjawat awam negeri Perak pada hari Selasa,20 Januari bertempat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan jam 9.00 pagi.
Teks ucapan boleh dimuat turun dibawah.

MUAT TURUN

Wednesday, 22 January 2020

MAJLIS PENDAFTARAN


Majlis pendaftaran pelajar Tingkatan 1 Aspirasi bertempat di SMK Ahmad Boestamam.


Pendaftaran pelajar KAA di SMK Pangkalan TLDM


Ucaptama


Ucaptama Tuan PPD kepada 150 orang  guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru lantikan Manjung bertempat di Virgo Batik,Teluk Batik,Lumut ,Perak.


INOVASI

Kunjung bantu inovasi untuk  En Mohd Suffi bin Yusof ,oleh Pen PPD Perancangan , En Khalid b Ariffin serta 3 orang Pen PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan , Cik Khairun Nisa bt Kamaruddin , Pn Norfaazila bt Hamzah serta Pn Rafiedah bt Ahmad.



SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Kepada
Ibubapa / PenjagaMurid-murid Tahun 6 (2019) dan/atau Murid-murid Tingkatan 4 (2020)
Pengetua dan Guru BesarSeluruh Negeri Perak
SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DAN TINGKATAN EMPAT (4) BAGI KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SESI 2020 SECARA ATAS TALIAN
Calon Berjaya 
1.  Cetakan surat tawaran adalah secara atas talian. Sekiranya memerlukan bantuan berkaitan cetakan surat atau salinan surat tawaran, boleh menghubungi Unit Menengah dan Tingkatan Enam, JPN Perak di talian 05-5015293 (Cik Noor Aida Ahmad).
2.  Senarai Keperluan Murid dan Asrama serta Borang Maklumat Murid perlu dimuat turun di pautan semakan tawaran.
3.  Borang Maklumat Murid perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan atau menolak pendaftaran tersebut sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar.
4.  Tawaran kepada calon yang berjaya adalah muktamad.
5.  Sebarang permohonan untuk bertukar ke Kelas Rancangan Khas Negeri Perak selain dari yang ditawarkan adalah tidak akan dipertimbangkan.

Calon Tidak Berjaya
1.  Rayuan boleh dibuat dengan mengisi Borang KRK T1/2020 atau Borang KRK T4/2020 mulai 24 Januari 2020 hingga 12 Februari 2020.
2.  Borang boleh diperolehi dengan cara :
                2.1          klik pada butang arahan ”Muat Turun Borang Rayuan” di pautan semakan tawaran         
                                ATAU
                2.2         di Unit Menengah dan Tingkatan Enam, JPN Perak.
3.  Borang yang telah lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke JPN pada atau sebelum 12 Februari 2020.

Semakan tawaran boleh dibuat melalui :
Portal JPN Perak di  MUAT TURUN mulai 24 Januari 2020 (Jumaat)
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020"
Yang menjalankan amanah,


UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Bengkel Perekodan Nilam

Satu bengkel perekodan Nilam dibuat serentak di 5 buah PKG daerah Manjung, pada 21 Januari 2020 melibatkan semua GPM sekolah-sekolah dalam daerah.












TAKLIMAT TUAN PPD

Satu taklimat disampaikan oleh Tuan PPD kepada semua guru kanan sekolah- sekolah menengah daerah Manjung pada 21 Januari 2020




TAHNIAH


Penyampaian surat penghargaan atas pencapaian MTM 100% 2 tahun berturut-turut di SJK (T) Ladang Huntly  oleh pegawai SISC+ , En Mohd Fadzil bin Ismail.




Tuesday, 21 January 2020

VERIFIKASI DATA GURU


Sekolah Menengah dan Rendah Harian
Negeri Perak

Tuan,
MAKLUMAN PENETAPAN PROSEDUR PENGEMASKIAN DAN VERIFIKASI DATA GURU DALAM MODUL PENGURUSAN GURU (E-OPERASI) TAHUN 2020
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan verifikasi data guru dalam Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) akan dibuat empat kali setahun untuk tahun 2020. Oleh yang demikian, pihak tuan diminta membuat pengesahan data guru dan AKP serta membuat verifikasi data peringkat sekolah seperti dalam surat siaran yang disertakan.
3. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penolong PPD Menengah (PPDM) dan Penolong PPD Rendah (PPDR) di daerah masing-masing.

Pengurusan Data
Sektor Pengurusan Sekolah, JPN

PELAKSANAAN PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SECARA ATAS TALIAN BAGI MURID DARJAH 1 HINGGA TINGKATAN 1 TAHUN 2020 MELALUI APB – MODUL KWAPM

SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.

PELAKSANAAN PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SECARA ATAS TALIAN BAGI MURID DARJAH 1 HINGGA TINGKATAN 1 TAHUN 2020 MELALUI APB – MODUL KWAPM

 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan permohonan Bantuan KWAPM tahun 2020 bagi murid Darjah 1 hingga Tingkatan 1  akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM. Permohonan secara atas talian ini akan dibuka mulai 17 Februari hingga 22 Mac 2020. Data permohonan adalah berdasarkan data murid yang telah dikemaskini di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sehingga 31 Januari 2020. Data murid yang dikemaskini di dalam APDM selepas tarikh yang dinyatakan tersebut tidak akan ditarik masuk ke dalam Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM.    
3.  Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk memastikan sekolah di bawah seliaan tuan untuk melaksanakan permohonan Bantuan KWAPM bagi murid Darjah 1 hingga Tingkatan 1 secara atas talian berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan di dalam Takwim Pengurusan Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM seperti di Lampiran II dalam surat yang di lampirkan.
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Pautan berkaitan :

2. Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 1 Tahun 2019-Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bertarikh 15 Mei 2019 :
https://www.moe.gov.my/pekeliling/2819-spk-bt-13-bantuan-kumpulan-wang-amanah-pelajar-miskin-kwapm

3. Manual Pengguna Modul KWAPM Sekolah :
https://www.moe.gov.my/pekeliling/815-spk-bt-18-manual-pengguna-apb-modul-pengurusan-kwapm-guru

4. Manual Pengguna Modul KWAPM PPD :
https://www.moe.gov.my/pekeliling/817-manual-pengguna-apb-modul-pengurusan-kwapm-pegawai-ppd

UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

MUAT TURUN

Semakan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Ketiga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seluruh negeri Perak

Semakan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Ketiga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seluruh negeri Perak
Semakan di pautan https://semakansmka.jpnperak.gov.my boleh mula dibuat mengikut ketetapan berikut :
Hari     : Selasa
Tarikh : 21 Januari 2020
Jam    : 10.30 pagi

Bagi calon yang layak ke SMKA, Pendaftaran kemasukan adalah seperti ketetapan berikut :
Hari     : Selasa
Tarikh : 28 Januari 2020
Jam    : 8.30 pagi

Sekian, terima kasih
b.p. Sektor Pendidikan Islam

Monday, 20 January 2020

YURAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) MURID MRSM DAN SEKOLAH SWASTA TAHUN 2020

Pengetua/ Guru Besar/ Pengurus
MRSM dan Sekolah Swasta Seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan. 
 
Tuan,
 
YURAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) MURID MRSM DAN SEKOLAH SWASTA TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Bersama-sama ini disertakan surat untuk makluman dan tindakan pihak tuan.         

Sekian, terima kasih.


Unit Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murd,
JPN Perak

PERMOHONAN PENGAJARAN KELAS SAMBILAN