Thursday, 16 July 2020
LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG YANG TERKINI
Logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung boleh dimuat turun dipautan dibawah.
Monday, 1 June 2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
*PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN ATAU _NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS_ (NPQEL) AMBILAN TAHUN 2021*
… _Program NPQEL merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membentuk satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang dan unggul._ ...
… _Setiap pengetua/guru besar dikehendaki mendapatkan sijil NPQEL daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/guru besar:_ PPPM 2013-2025,:20
Iklan dibuka *mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020*. Proses *sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020*. *Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)* yang berminat dan *memenuhi semua syarat* boleh membuat permohonan *secara dalam talian* melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS), http://tls.moe.gov.my
*Penting*:
1. Pastikan maklumat dalam *Sistem ePangkat dan eOperasi telah dikemaskini* sebelum permohonan dilakukan
2. Sila rujuk dengan teliti *syarat-syarat dan manual pengguna* yang disediakan
*Maklumat lanjut*:
1. Telefon: 06-7979 200 (sambungan 374/377/396)
2. E-mel: suhajanazer@iab.edu.my
3. Informasi NPQEL: https://bit.ly/3gADvhv
4. Pertanyaan: https://bit.ly/2yUAoAb
5. Soalan Lazim: https://bit.ly/3dmC2td
Terima kasih
_Unit Penyelarasan NPQEL dan Program Khas_
_Seksyen Pengurusan Program_
_Pejabat Pendaftar_
_IAB Induk_
Thursday, 14 May 2020
Salam sejahtera kepada semua warga pendidikan daerah Manjung.
Pihak PPD Manjung menjemput warga pendidikan Daerah Manjung untuk menghantar rakaman video ucapan Selamat Hari Guru
Melalui telegram En Rosman 👇🏼
https://t.me/Rosmanyaakub
Atau diupload ke padlet melalui link di bawah 👇🏼
http://gg.gg/ucapanhariguruppdman
Terima Kasih !
#bergurudemiilmubinagenerasibaharu
Tuesday, 17 March 2020
Tuesday, 10 March 2020
KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH MANJUNG
TAHNIAH KEPADA PARA GURU DAN PESERTA
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Manjung 2020 ( acara balapan) pada 10 Mac 2020, Selasa.. Bermula jam 8.00 pagi - 2.00 petang. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan PPD.
Monday, 9 March 2020
Friday, 6 March 2020
Khidmat Sokongan Profesional PPD
Khidmat Sokongan Profesional PPD oleh Tuan PPD serta Timbalan -timbalan Sektor dan Pen PPD di 7 buah sekolah dalam daerah Manjung pada 6 Mac 2020 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi.Fokus utama ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Thursday, 5 March 2020
TAKLIMAT PENJAMINAN KUALITI PBD
Taklimat Penjaminan Kualiti PBD diadakan pada 4 Mac 2020 bertempat di Dewan Bestari,PPD Manjung. Seramai 82 orang Penolong Kanan Pentadbiran dari sekolah- sekolah rendah Daerah Manjung terlibat. Taklimat disampaikan oleh Pen PPD Pemulihan Khas ,Encik Gunalan a/l Raja Girudran serta Timbalan Sektor Pembelajaran, Encik Mohd Marzuki b Abdul Ghani. Taklimat diakhiri dengan ulasan tentang Penjaminan Kualiti PBD oleh Tuan PPD sendiri.
Tuesday, 3 March 2020
PERJUMPAAN PGB
Perjumpaan PGB bilangan 1/2020 bersama Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad pada 2 Mac 2020 bertempat di Dewan Bestari,PPD Manjung.
Wednesday, 26 February 2020
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN STPM 2019
TAHNIAH
Tuan PPD bersama Timbalan Sektor Pembelajaran , Encik Mohd Marzuki bin Abdul Ghani berkesempatan untuk bersama-sama para pentadbir,guru serta pelajar-pelajar didalam Majlis penyerahan keputusan STPM 2019 di SMK Ambrose dan pegawai SICt Encik Mahadi di SMK Ayer Tawar yang masing-masing mencatat keputusan 100% lulus.
Sunday, 23 February 2020
BENGKEL RBT DAN PELAKSANAAN PBD
Gambar-gambar sekitar aktiviti bengkel pembinaan item PT3 bagi subjek RBT , bengkel PLC sebagai platform pelaksanaan PBd serta konferasi PBD yang berjalan pada 22 Februari 2020 (Sabtu)
MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTIRASUAH
Makluman kepada semua warga pendidik daerah Manjung. Majlis pelancaran pelan antirasuah adalah seperti yang tertera dibawah:
MSSPK BOLA JARING
TAHNIAH
Ucapan dari Tuan PPD
Tahniah kepada semua pengurus, jurulatih dan pemain serta syabas kepada kontinjen Manjung..👍👍👍🌹
Keputusan penuh. MSSPK bola jaring.
KESELURUHAN :
JOHAN - LARUT MATANG SELAMA
KEDUA - KINTA UTARA
KETIGA- MANJUNG
KE-4 - HULU PERAK
KEPUTUSAN MANJUNG:
P18 KETIGA
P15 KEEMPAT
P12 KEEMPAT
Friday, 21 February 2020
PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN
Tuan PPD berbesar hati meyampaikan wang bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran Mara bagi tahun 2019 kepada 20 buah sekolah dalam daerah Manjung yang melibatkan 300 orang murid. pada 20 Februari 2020 di WAR ROOM , PPD Manjung.
Thursday, 20 February 2020
TUTORIAL GOOGLE CLASSROOM
Makluman semua.
Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan portal Digital Learning sebagai pelantar pembelajaran maya. Berikutan itu En Mohd Suffi binYusof dari SK Pangkalan TLDM telah berkongsi tutorial secara dalam talian. Video tutorial boleh ditonton dipautan dibawah.
Terima kasih.
MUAT TURUN
Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan portal Digital Learning sebagai pelantar pembelajaran maya. Berikutan itu En Mohd Suffi binYusof dari SK Pangkalan TLDM telah berkongsi tutorial secara dalam talian. Video tutorial boleh ditonton dipautan dibawah.
Terima kasih.
MUAT TURUN
Tuesday, 18 February 2020
Bangkok International Trade and Exhibition
Auto Organic Fertilizer Device
SJK(T) Mukim Pundut Thailand Inventors’ Day 2020 February 2020 Bangkok International Trade and Exhibition Center (BITEX) Organized by National Research
MUAT TURUN
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Sekitar Pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2020. TAHNIAH diucapkan kepada semua pentadbir , guru-guru, PPS(PDRM) dalam menjayakan program serta pelaksanaannya.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
ALIRAN STEM Apabila sekolah dibuka semula pada Januari 2020, pelajar Tingkatan 4 dan pelajar 5 boleh memilih salah satu pakej berikut: ...
-
Kelas KAFA yang dijalankan adalah untuk pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 - 3 melibatkan 4 sekolah iaitu: 1. SMK Pangkor ( kola...