Monday, 1 June 2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
*PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN ATAU _NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS_ (NPQEL) AMBILAN TAHUN 2021*
… _Program NPQEL merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membentuk satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang dan unggul._ ...
… _Setiap pengetua/guru besar dikehendaki mendapatkan sijil NPQEL daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/guru besar:_ PPPM 2013-2025,:20
Iklan dibuka *mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020*. Proses *sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020*. *Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)* yang berminat dan *memenuhi semua syarat* boleh membuat permohonan *secara dalam talian* melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS), http://tls.moe.gov.my
*Penting*:
1. Pastikan maklumat dalam *Sistem ePangkat dan eOperasi telah dikemaskini* sebelum permohonan dilakukan
2. Sila rujuk dengan teliti *syarat-syarat dan manual pengguna* yang disediakan
*Maklumat lanjut*:
1. Telefon: 06-7979 200 (sambungan 374/377/396)
2. E-mel: suhajanazer@iab.edu.my
3. Informasi NPQEL: https://bit.ly/3gADvhv
4. Pertanyaan: https://bit.ly/2yUAoAb
5. Soalan Lazim: https://bit.ly/3dmC2td
Terima kasih
_Unit Penyelarasan NPQEL dan Program Khas_
_Seksyen Pengurusan Program_
_Pejabat Pendaftar_
_IAB Induk_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
ALIRAN STEM Apabila sekolah dibuka semula pada Januari 2020, pelajar Tingkatan 4 dan pelajar 5 boleh memilih salah satu pakej berikut: ...
-
Kelas KAFA yang dijalankan adalah untuk pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 - 3 melibatkan 4 sekolah iaitu: 1. SMK Pangkor ( kola...
No comments:
Post a Comment