Sunday, 16 February 2020

TAHNIAH..TOGETHER WE CAN ACHIEVE MORE



UCAPAN TUAN PPD

Permulaan yg memberangsangkan.Tahniah kepada semua ahli kontingen Merentas Desa Manjung. Syabas kepada semua atlet Manjung. Terima kasih  kepada semua PTPS, jurulatih, pengurus dan guru pengiring. Together we can achieve more.👍👍👍👍👍.




Keputusan Penuh  Merentas Desa
Kategori

L12
1.LARUT MATANG SELAMA
2. MANJUNG
3.  KINTA UTARA

P12
1. HILIR PERAK
2. KINTA UTARA
3. MANJUNG

L15
1. MANJUNG
2. HILIR PERAK
3. KINTA UTARA

P15
1. MANJUNG
2. KINTA UTARA
3. HILIR PERAK

L18
1. BATANG PADANG
2. LARUT MATANG SELAMA
3. MANJUNG

KESELURUHAN
1. KINTA UTARA
2. MANJUNG
3. LARUT MATANG SELAMA

Kejohanan Ragbi MssPk 2020

Pencapaian:

U12 : tempat ke-3 negeri 

PENGUMPULAN BAHAN PDPC

Salam sejahtera semua. 

Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Manjung sedang dalam proses mengumpul bahan-bahan pembelajaran untuk pelbagai subjek untuk disatukan di dalam google drive dan disebar luas untuk kegunaan semua guru dan pelajar di Manjung. 

Antara bahan-bahan yg dikumpulkan ialah :

1.  Modul
2.  Lembaran kerja
3.  Kertas soalan peperiksaan
4.  Contoh karangan pelajar

Mohon jasa baik cikgu-cikgu  untuk bersama-sama USTP dalam mengumpulkan bahan-bahan di atas.

Sekiranya ada, boleh hantar soft copy bahan tersebut ke telegram atau email ke ustp.ppdman@gmail.com 

Bahan-bahan tersebut boleh didapati di :


Kerjasama  didahului dengan ucapan terima kasih. 


Wednesday, 12 February 2020

SMK / SBP / SABK / MRSM / Agama dan Swasta
Negeri Perak
Tuan,
MAKLUMAT SEKOLAH UNTUK PROSES PENDAFTARAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3) TAHUN 2020
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2.     Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan Borang Maklumat Sekolah Untuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2020 bagi tujuan mengemaskini sistem pendaftaran PT3 Tahun 2020. Sila kembalikan borang tersebut ke Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, JPN Perak pada atau sebelum 20 Februari 2020 melalui faksimili 05-2550015 atau email ke pmrperak@yahoo.com
3.     Bersama-sama ini disertakan Lampiran A (Borang Maklumat Sekolah Untuk Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2020) untuk makluman dan tindakan tuan.
Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

b/p:     Ketua Penolong Pengarah Kanan
           Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

TAHNIAH



4 orang pegawai/guru dari PPD Manjung Dan SJK (T) Kg Columbia, Perak telah menyertai 2020Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2020). Berikut adalah kejayaan yang telah mereka capai sepanjang ekspo tersebut:
 1. Phillippine Gold Award for the Invention
 2. India Gold Award for the Invention
 3. Bangkok Bronze Award  for the Invention, Innovation and Technology
 (2 Gold Medals and 1 Bronze Medal)
Ketua Kumpulan :
Dr.Thanesh Balakrishnan
Ahli Kumpulan :
Parimalah Vadiveloo,PPD Manjung
Pusparatha Perumal,GB SJKT Kg.Columbia
Kalai Selvan Mohan,GK SJKT Kg.Columbia









Saturday, 8 February 2020

PROGRAM ZIARAH CAKNA

Persiapan bagi Program Ziarah Cakna 2020 bagi Daerah Manjung .




KHIDMAT SOKONGAN PROFESIONAL

Khidmat Sokongan  Profesional PBD  di lima buah sekolah sekitar Manjung pada 7 Februari 2020 jam 8.00 pagi  - 12.00 tengahari.. Dijalankan oleh  Timbalan PPD Pembelajaran ,pegawai- pegawai  Sisc+  serta Penolong PPD Sektor Pembelajaran.








SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

Kepulangan kumpulan inovasi disambut oleh Timbalan PPD  Perancangan, En Zubairi b Hares serta  Timbalan PPD Pembelajaran , En Mohd  Marzuki b  Abdul Ghani.